Freelancer - Translator - Programmer (VBA Excel)

► More than 10 year experience in using Visual Basic for Application (Excel).
► With VBA all job will more faster, high quality & finished as schedule.
► Translator English to Malay

12/08/2009 10:37:00 AM

Dokumen dalam bentuk image

Posted by snid73

Di antara cabaran menjadi penterjemah, kadang-kala kita menerima dokumen dalam bentuk "hardcopy" atau buku atau dalam bentuk imej. Takkan kita nak salin semula, perkataan demi perkataan. Ini akan "membazirkan" masa kita untuk menaip semula dokumen yang diberi.

Sebenarnya terdapat satu jalan penyelesaian di mana kita tidak perlu menaip semula dokumen tersebut. Yang kita perlu ada, adalah scanner untuk mengimbas dokumen ke dalam bentuk fail komputer (imej format jpg) dan perisian OCR untuk membuat "conversion"dari imej kepada teks.

Di internet, terdapat beberapa laman web yang memberikan perkhidmatan mengubah fail imej seperti jpg, bmp, pdf kepada fail teks. Tetapi kadang-kala disebabkan sambungan internet yang tidak begitu baik, ia akan memakan masa yang panjang.

Setelah puas, mencari dengan pakcik Google, akhirnya saya telah menjumpai satu perisian percuma untuk membuat "conversion"dari fail imej kepada fail teks. Cuba lihat VIDEO ang telah saya upload ke YOUTUBE bagaimana perisian ini berfungsi:





Selamat mencuba.....


0 comments:

Post a Comment