Freelancer - Translator - Programmer (VBA Excel)

► More than 10 year experience in using Visual Basic for Application (Excel).
► With VBA all job will more faster, high quality & finished as schedule.
► Translator English to Malay

12/22/2009 02:11:00 PM

Tips Berurusan dengan Pelanggan/Agensi

Posted by snid73

Kadang-kadang apabila kita berurusan dengan pelanggan/agensi untuk mendapatkan projek atau kerja sambilan, kita pasti akan menghadapi beberapa kerenah dan kemungkinan tidak akan dibayar atas usaha kita (kes kena tipu ni....). Beberapa tips yang saya akan berikan ini mungkin boleh mengurangkan risiko ini:

  1. “Latih” pelanggan anda: jelaskan kepada mereka, dalam bahasa yang mudah dan ringkas jika perlu, apakah penterjemahan. Jangan terima sebarang permintaan tidak masuk akal daripada mereka (contoh, 5,000 perkataan dalam masa 24 jam). Kebanyakan orang mempercayai bahawa penterjemahan tidak lebih daripada menggantikan perkataan dari bahasa A dengan perkataan dari bahasa B. Diperjelaskan lagi bahawa, biasanya penterjemahan bagi 1,000 perkataan mengambil masa lebih lama daripada menulis 1,000 perkataan yang sama.

  2. Kadang-kadang, sesebuah agensi mungkin memberitahu anda yang mereka tidak boleh membayar anda tepat pada masanya kerana masalah aliran tunai — iaitu, selepas anda menghantar kepada mereka beberapa peringatan untuk bayaran. PERINGATAN! Ini bermakna: a) mereka sendiri mempunyai pelanggan yang teruk yang tidak membayar mereka (yang mana sebenarnya bukanlah imej yang baik bagi agensi tersebut dan kepintaran dalam perniagaannya); b) pengurusan mereka betul-betul selekeh; c) mereka tidak profesional; DAN d) keadaan akan hanya bertambah buruk (tidak akan berjaya) ==> oleh itu berhenti menerima sebarang tugas baru dari mereka; beritahu mereka bahawa anda mungkin mempertimbangkan untuk melakukan kerja mereka lagi jika dan apabila anda telah dibayar dan jika dan apabila mereka telah menyusun operasi syarikat mereka dengan lebih teratur.

  3. Hindari agensi yang memerlukan jumlah perterjemahan perkataan yang sangat banyak, kononnya sebagai "ujian" — ia mungkin salah satu cara untuk mereka mendapatkan perterjemahan dokumen secara percuma. Ingat: Ujian penterjemahan standard seharusnya tidak melebihi 200-250 perkataan.

  4. Berkenaan ujian: Meskipun panjang sampel adalah 200-250 perkataan sahaja, pastikan ia adalah teks yang lengkap; jika tidak, ia berkemungkinan bahawa mereka menghantar sebahagian kecil dari teks yang lebih besar kepada sebilangan penterjemah sebagai "ujian"— sekali lagi, sebagai tujuan bagi mendapatkan penterjemahan secara percuma.

  5. Hindari sebarang agensi yang menghantar kerja pada internet atau menghubungi anda melalui e-mel tetapi gagal untuk memberikan maklumat perincian latar belakang diri mereka (nombor telefon, alamat mel, dsb).

  6. Hindari agensi yang menggunakan akaun e-mel percuma seperti hotmail atau Yahoo—sekiranya sesebuah agensi menggunakan akaun seumpama itu, anda boleh berkeyakinan bahawa mereka tidak profesional dan sah. Agensi yang profesional, berkemampaun mempunyai sama ada server sendiri atau perkhidmatan pengehosan yang profesional.

  7. Berhati-hati dengan e-mel TANPA UNDANGAN yang anda terima dari agensi ("we have recently come across your name and would like to invite you to join our team of translators. Please send us your CV, rates, client list, etc." – dalam Bahasa Malaysia: “Baru-baru ini, kami telah menemui nama anda dan berharap agar anda dapat menyertai pasukan penterjemah kami. Sila hantar CV anda, senarai pelanggan, dsb”)— biasanya ini adalah satu taktik untuk “meneliti” persaingan (mereka ingin mengetahui siapa pelanggan anda), oleh itu jika anda memberikan 2 atau 3 rujukan profesional, mereka akan menghubungi mereka, bukan untuk menentusahkan kerja anda, tetapi untuk mendapatkan kerja dari pelanggan anda!

  8. Berkenaan rujukan: jangan, di bawah sebarang keadaan, memberikan nama orang rujukan. Memberi 2 atau 3 nama orang rujukan adalah amalan biasa apabila memohon kerja tetap, tetapi sebagai karyawan bebas kami tidak boleh melakukan demikian: kita terikat dari segi undang-undang dan dari segi etika untuk memastikan sebarang dan semua maklumat sulit pelanggan kita. Oleh itu, syorkan kepada agensi tersebut bahawa mereka boleh menghantar kepada anda sama ada ujian 200-word atau tugas yang sedikit yang mana mereka akan perlu membayar bayaran yang minimum kepada anda (“bukti sedap atau tidak sesuatu makanan adalah dengan memakannya”). Dengan cara ini, agensi yang tidak mengambil terlalu banyak risiko dan anda tidak akan memungkiri kerahsiaan pelanggan anda. Ingat: Apabila anda berjumpa seorang doktor yang baru, anda juga tidak boleh meminta senarai pesakit doktor tersebut!!!

  9. Bagi projek yang lebih besar, caj “retainer”, atau bayaran pendahuluan, kira-kira 25%. Menuntut untuk dibayar dalam beberapa peringkat di sepanjang perjalanan projek. Jangan membazirkan masa anda. beritahu pelanggan anda bahawa anda perlu menyara diri selama projek berjalan (contoh:, 2 bulan)—dan bahawasanya anda tidak akan boleh mendapatkan pelanggan lain untuk sepanjang projek ini dilakukan. Sebagai contoh, 25% sebagai bayaran pendahuluan, 25% lagi dipertengahan projek dan yang selebihnya selepas penyempurnaan projek.

  10. Bercakap mengenai “retainer”: Jangan takut untuk mengenakan bayaran pendahuluan kepada pelanggan baru. Bergantung kepada yang jumlah kerja pertama mereka, anda mungkin memerlukan pembayaran sebanyak 100% terlebih dahulu. Kredit adalah kemudahan, bukanlah sesuatu hak yang mesti diperolehi. Meminta bayaran pada permulaan adalah cara yang terbaik untuk memisahkan "gandum daripada sekam" — atau dengan kata lain untuk membezakan di antara orang yang tidak jujur dengan orang yang jujur.

  11. Jangan sekali-sekali, di bawah sebarang keadaan, menerima kerja tanpa melakukan persediaan. Apabila sesebuah agensi mengalami projek yang agak sukar atau tidak menyenangkan, mereka sama ada akan menelefon anda atau menghantar e-mel kepada anda tanpa sebarang lampiran. Tujuannya adalah untuk mendapatkan persetujuan anda untuk mengendalikan tugas tersebut tanpa peluang untuk menelitinya. Tidak memeranjatkan bagi sesetengah agensi membuat yang bukan-bukan ini dengan tetapnya di sekitar 4 atau 5 petang pada jumaat petang. “It’s an urgent job, and we need it ASAP, but no later than Monday morning.” – dalam Bahasa Malaysia: “Ini adalah kerja yang sangat penting, dan kami perlukannya secepat yang mungkin, tetapi tidak lewat daripada pagi Isnin.” sesuatu seperti itu menjadi benar-benar “mencurigakan” andai kata panggilan itu datang dari agensi yang anda tidak pernah bekerja dengannya sebelum ini. Mencurigakan kerana agensi profesional selamanya tidak akan menyerahkan tugas yang segera dan penting kepada penterjemah yang belum diuji. Ini bermakna bahawa: mereka cuba untuk memerangkap anda dan tidak pernah mempunyai niat untuk membayar upah anda. sekiranya anda mengenali agensi tersebut, mereka mungkin mempunyai niat lain: mereka mengetahui bahawa paling penterjemah tidak mahu mengendalikan fail tersebut kerana format fail yang sukar (contoh:, teks sumber boleh didapati sebagai salinan keras atau, lebih buruk, hanya salinan faks) atau kerana secara am ia adalah teks yang rumit Dengan hanya “panggilan-tidak disangka-sangka” kepada anda, mereka berharap agar anda akan memberi sebut harga kepada mereka dan bersetuju untuk melakukannya (“Hei, agensi tersebut menelepon saya la, saya rasa betul-betul penting! Tidak boleh katakan tidak, sekarang!”). kemudian anda menerima fail tersebut dan mendapat kejutan dalam hidup anda.

  12. Jumlah perkataan: Kebanyakan agensi penterjemahan mengikuti standard berikut: 1,000 perkataan sehari (jumlah biasa) dan 2,000 perkataan (cepat/gegas). Secara peribadi, saya percaya bahawa semua penterjemah profesional sepatutnya mempunyai kemampuan untuk mengendalikan 2,000 perkataan sehari, dan biasanya 2,000 perkataan adalah standard yang paling biasa digunakan. Jangan sekali-sekali bersetuju dengan sebarang jumlah yang anda tidak boleh kendalikan.

  13. Sentiasa menyerahkan tugas tepat pada masanya atau lebih awal dari jadual. Ini bukan sahaja akan memastikan urus niaga yang berulang kali; ia juga adalah perkara profesional untuk dilakukan. Hari ini terlalu ramai penterjemah lewat menyerahkan tugasan—kadang-kadang sehingga 48 jam selepas tempoh akhir telah berlalu. Kelambatan adalah “penyakit” yang yang semakin bertambah dalam kerjaya kita hari ini, dan ramai pelanggan telah terseksa, berhati-hati dengan trend ini. Oleh itu, dengan menyerahkan tepat pada masanya atau lebih awal, anda boleh mendapat perhatian utama dari agensi atau pelanggan.



2 comments:

NAB's Gallery said...

xde chatbox eh? dh click nuff...follow u ok...:) follow mine if u r willing too...

snid73 said...

eh...ada chat box la....
thanks for visit my blog....

Post a Comment