Freelancer - Translator - Programmer (VBA Excel)

► More than 10 year experience in using Visual Basic for Application (Excel).
► With VBA all job will more faster, high quality & finished as schedule.
► Translator English to Malay

1/02/2010 12:40:00 AM

ADHD: Apa yang Ibu Bapa Patut Tahu

Posted by snid73

Ini adalah terjemahan dari artikel asal dari webpage http://family.org. Sebuah artikel yang menarik, terutama kepada ibu bapa yang sedang membesarkan anak-anak. Dan saya telah terjemahkan ke dalam Bahasa Malaysia untuk bacaan pengunjung blog ini.

ADHD: Apa yang Ibu Bapa Patut Tahu

Apakah ADHD?

Attention-deficit hyperactivity disorder (ADHD) adalah nama kumpulan bagi tingkah laku yang didapati pada kebanyakan kanak-kanak dan orang dewasa. Orang yang mempunyai ADHD menghadapi masalah untuk memberi perhatian di sekolah, di rumah atau di tempat kerja. Mereka mungkin lebih aktif dan/atau impulsif daripada apa yang biasa bagi usia mereka. Tingkah laku ini merupakan antara sebab nyata di dalam masalah masyarakat dalam perhubungan, pembelajaran dan tingkah laku. Di atas alasan ini, kanak-kanak yang mempunyai ADHD kadang-kadang dilihat sebagai "menyusahkan " atau sebagai memiliki permasalahan tingkah laku.

Biasanya, budak lelaki lebih banyak mempunyai ADHD daripada budak perempuan. Anda mungkin lebih biasa dengan isitilah Attention Deficit Disorder (ADD). Kecelaruan ini telah dinamakan semula pada tahun 1994 oleh American Psychiatric Association (APA).

Apakah simptom ADHD?

Kanak-kanak dengan ADHD yang tidak berperhatian akan mempunyai 6 atau lebih dari simptom yang berikut:
  • Mempunyai kesukaran untuk mengikuti arahan
  • Mempunyai kesukaran untuk mengekalkan perhatian pada kerja atau aktiviti bermain di sekolah dan di rumah
  • Kehilangan barang yang diperlukan untuk aktiviti di sekolah dan di rumah
  • Tampak tidak mahu mendengar
  • Tidak memberi perhatian penuh kepada perincian
  • Kelihatan seolah-olah tidak teratur
  • Mempunyai masalah dengan tugas yang memerlukan perancangan awal
  • Terlupa sesuatu perkara
  • Mudah mengalih perhatian
Kanak-kanak dengan ADHD yang hiperaktif/impulsif akan mempunyai 6 atau lebih dari simptom yang berikut:
  • Resah
  • Berlari atau memanjat yang tidak kena pada tempatnya
  • Tidak boleh bermain dengan tenang
  • Menjawab dengan tiba-tiba
  • Mengganggu orang
  • Tidak boleh kekal pada tempat duduk
  • Terlalu banyak bercakap
  • Sentiasa bergerak
  • Mempunyai masalah untuk menunggu gilirannya
Kanak-kanak yang mempunyai ADHD mempunyai simptom ini sekurang-kurangnya 6 bulan.

Apa yang saya patut lakukan sekiranya saya fikirkan yang anak saya mempunyai ADHD?

Berbincang dengan doktor kepada anak anda. Diagnosis terhadap ADHD ini boleh dilakukan hanya dengan mendapatkan maklumat tentang tingkah laku anda kanak-kanak daripada beberapa orang yang mengenali anak anda. Doktor akan bertanya kepada anda soalan dan mungkin ingin mendapatkan maklumat daripada guru anak anda atau orang lain yang rapat dengan tingkah laku anak anda. Doktor anda mungkin mempunyai borang atau senarai semak yang anda dan guru anak anda boleh isikan. Ini akan membantu anda dan doktor anda untuk membandingkan tingkah laku anak anda dengan tingkah laku kanak-kanak lain.

Barangkali doktor akan menguji penglihatan dan pendengaran anak anda sekiranya ujian ini belum dilakukan sebelum ini. Doktor anda mungkin mengesyorkan mencuba ubat untuk melihat sama ada ia membantu mengawal tingkah laku hiperaktif anda kanak-kanak. Ujian ubat sendirian sahaja tidak boleh menjadi asas untuk diagnosis ADHD. Walaubagaimanpun, ia boleh menjadi bahagian yang mustahak bagi menilai anak anda jika disyaki mempunyai ADHD. Ia mungkin sukar bagi doktor anda untuk menentukan sama ada anak anda mempunyai ADHD. Ramai kanak-kanak yang mempunyai ADHD tidak hiperaktif dalam pejabat doktor. Di atas sebab ini, doktor anda mungkin inginkan anak anda untuk berjumpa seseorang yang mengkhusus dalam membantu kanak-kanak yang mempunyai permasalahan tingkah laku, seperti seorang ahli psikologi.

Apa yang menyebabkan ADHD?

Kanak-kanak yang mempunyai ADHD tidak menghasilkan kimia yang secukupnya pada kawasan penting dalam otak yang bertanggungjawab untuk mengatur pemikiran. Tanpa kimia ini secukupnya, pusat pengaturan otak tidak bekerja dengan baik. Perkara ini menyebabkan simptom pada kanak-kanak yang mempunyai ADHD. Penyelidikan menunjukkan bahawa ADHD lebih biasa terjadi pada kanak-kanak yang mempunyai saudara terdekat yang mempunyai kecelaruan. Penyelidikan baru-baru ini juga mengaitkan merokok dan penyalahgunaan bahan lain semasa mengandung kepada ADHD. Terdedah kepada persekitaran toksin, seperti timah hitam, juga boleh menjadi faktor.

Keadaan yang tidak menyebabkan ADHD:
  • Pengasuhan yang tak sempurna (bagaimanapun kehidupan rumah tangga yang tidak teratur dan persekitaran sekolah boleh membuatkan simptom bertambah teruk)
  • Terlalu banyak gula
  • Terlalu kurang gula
  • Aspartme (satu nama jenama: NutraSweet) – sejenis pemanis tiruan
  • Alergi makanan atau alergi yang lain
  • Kekurangan vitamin
  • Lampu pendaflour
  • Terlalu banyak menonton TV
  • Permainan video
Apakah ubat-ubatan yang digunakan untuk merawat ADHD?
Beberapa ubat-ubatan untuk ADHD adalah metilfenidat, dekstroamfetamina, atomoxetine, dan campuran dadah dekstrofetamina dan amfetamina. Ubat-ubatan ini mempertingkatkan perhatian dan penumpuan, dan mengurangkan tingkah laku impulsif dan giat lampau. Ubat-ubatan lain juga boleh digunakan untuk merawat ADHD. Bercakap dengan doktor anda tentang apakah rawatan yang dia syorkan.

Apa lagi yang boleh saya lakukan untuk membantu anak saya?
Usaha berpasukan, ibu bapa, guru dan doktor berusaha bersama-sama, adalah cara yang terbaik untuk membantu anak anda. Kanak-kanak yang mempunyai ADHD mungkin menyusahkan kepada ibu bapa. Mereka mungkin mempunyai masalah memahami arahan, dan keadaan aktiviti mereka yang tidak henti-henti boleh menjadi cabaran kepada orang dewasa. Kanak-kanak yang mempunyai ADHD juga cenderung untuk memerlukan lebih aturan dan jangkaan yang lebih jelas. Anda mungkin perlu mengubah sedikit kehidupan rumah tangga anda untuk membantu anak anda.

Ini adalah beberapa perkara yang anda boleh lakukan untuk membantu:
  • Buat jadual. Tetapkan masa yang khusus untuk bangun tidur, makan, bermain, membuat kerja sekolah, membuat kerja rumah, menonton TV atau bermain permainan video, dan tidur. Tampalkan jadual tersebut ke tempat yang anak anda akan sentiasa melihat ia. Jelaskan sebarang perubahan kepada rutin tersebut terlebih dahulu.
  • Buat peraturan rumah yang mudah dan ringkas. Adalah penting untuk menjelaskan apa yang akan berlaku apabila peraturan tersebut dipatuhi dan apabila mereka tidak dipatuhi. Tuliskan peraturan tersebut dan akibat dari tidak mengikutnya.
  • Pastikan arahan anda difahami. Dapatkan perhatian anak anda dan lihat secara terus kepada matanya. Kemudian beritahu anak anda secara khusus dengan suara yang jelas, tenang apa yang anda inginkan. Pastikan arahan mudah dan ringkas. Minta anak anda untuk mengulangi semula arahan tersebut kepada anda.
  • Beri ganjaran untuk tingkah laku yang baik. Mengucapkan tahniah kepada anak anda apabila dia menyiapkan setiap langkah bagi sesuatu tugas.
  • Pastikan anak anda diawasi setiap masa. Oleh kerana mereka impulsif, kanak-kanak yang mempunyai ADHD mungkin memerlukan lebih pengawasan orang dewasa daripada kanak-kanak lain yang seusia mereka.
  • Awasi anak anda ketika berada dengan kawan-kawannya. Kadang-kadang adalah sukar bagi kanak-kanak yang mempunyai ADHD untuk mempelajari kemahiran sosial. Beri ganjaran untuk tingkah laku bermain yang baik.
  • Tetapkan rutin membuat kerja sekolah. Pilih tempat yang tetap untuk membuat kerja sekolah, jauh daripada gangguan seperti orang lain, TV dan permainan video. Pecahkan masa kerja sekolah kepada bahagian yang kecil dan terdapat waktu rehat.
  • Tumpukan pada usaha, bukannya gred. Beri ganjaran kepada anak anda apabila dia berusaha untuk menyiapkan kerja sekolah, bukan hanya untuk gred yang bagus. Anda boleh memberi ganjaran tambahan kerana memperolehi gred yang lebih baik.
  • Berbincang dengan guru kepada anak anda. Selidiki bagaimana anak anda lakukan di sekolah--di dalam kelas, pada masa bermain, pada waktu makan tengahari. Meminta catatan kemajuan harian atau mingguan daripada gurunya.
Sesetengah kanak-kanak mendapat faedah daripada kaunseling atau daripada terapi yang teratur. Ahli keluarga mungkin mendapat faedah daripada bercakap dengan pakar dalam mengendalikan ADHD - berkaitan tingkah laku dan masalah pembelajaran.

Kajian telah membuktikan bahawa pewarna dan pengawet makanan tertentu boleh menjadi penyebab atau menjadi tingkah laku hiperaktif bertambah teruk pada sesetengah kanak-kanak. Bercakap dengan doktor anda mengenainya sama ada anda perlu melakukan sebarang perubahan kepada diet anda kanak-kanak.

Adakah anak saya akan “meninggalkan” ADHD?

Kita sering membayangkan kanak-kanak akan "membesar tanpa" ADHD. Kini kita maklum bahawa ia tidak benar bagi kebanyakan kanak-kanak. Simptom ADHD biasanya menjadi lebih baik sebagaimana kanak-kanak membesar dan belajar untuk membetulkannya. Hiperaktiviti biasanya berhenti pada akhir usia remaja. Akan tetapi kira-kira separuh dari kanak-kanak yang mempunyai ADHD didapati terus mudah untuk beralih perhatian, mempunyai mood berubah-ubah, panas-baran dan tidak dapat menyiapkan tugasan. Kanak-kanak yang mempunyai ibu bapa yang menyokong dan penyayang yang bekerjasama dengan kakitangan sekolah, pekerja kesihatan mental dan doktor mereka mempnyai peluang yang terbaik untuk menjadi orang dewasa yang cukup laras.



0 comments:

Post a Comment