Freelancer - Translator - Programmer (VBA Excel)

► More than 10 year experience in using Visual Basic for Application (Excel).
► With VBA all job will more faster, high quality & finished as schedule.
► Translator English to Malay

1/13/2010 01:14:00 PM

Azam Tahun 2010

Posted by snid73

Setelah mengharungi tempoh 6 bulan sebagai penterjemah sambilan, berbagai agensi penterjemahan dan orang perseorangan yang telah berurusan dengan saya. Kebanyakan syarikat yang besar (dah tentu projek pun besar), akan bertanya "Ada sijil/ijazah dalam penterjemah?".

Dan saya akan memberi jawapan, "TIADA" tapi boleh tengok senarai orang/agensi yang saya pernah berikan khidmat. Namun begitu, tanpa mempunyai sijil, saya berjaya memperolehi tugas menterjemah yang agak banyak.


Senarai pengalaman tugasan terjemahan

Hari ini 13-Januari-2010, baru sekarang saya sempat untuk menulis tentang azam tahun 2010 saya dalam bidang ini, dan saya amat berharap agar dapat mencapainya pada tahun ini juga.

Pihak ITNM juga telah mengeluarkan jadual baru untuk mereka yang berminat mengambil kursus penterjemahan dan inilah azam saya pada tahun ini....iaitu mengambil kursus ini agar saya boleh menerima lebih banyak lagi tugas-tugas terjemahan. Saya sedang mempertimbangkan sama ada mengambil secara intensif (10 hari) berturut-turut) atau secara sambilan (selama 10 minggu).

Semoga berjaya untuk DIRI sendiri........

5 comments:

lepixie said...

Salam sejahtera,
Saya dapati blog mengenai terjemahan ini sangat menarik dan informatif. Boleh kamu ceritakan bagaimana kamu memulakan kerjaya sebagai penterjemah? Pada ketika ini, saya juga sedang mencari pengalaman dalam bidang tersebut. Terima kasih.

snid73 said...

Sebenarnya saya memang tidak begitu baik dalam Bahasa Inggeris. Di atas dasar ini, saya telah vuba membina satu program bagi memudahkan saya mencari makna perkataan yang saya tidak tahu maknanya.

Ntah macam mana, ketika saya membina program ini, tercetus idea untuk menjadi penterjemah sambilan.

Say mula mendaftarkan di laman web yang mencari penterjemah sambilan seperti proZ, translatorcafe dan juga mengiklan perkhidmatan di forum-forum.

Anonymous said...

salam..sy sgt berminat untuk jadi penterjemah spt awak..tp mcm mn nk mulakan nye yer?

snid73 said...

Cuba-cuba mendaftarkan diri dengan laman-laman web yang mengiklankan kerja terjemahan, dan jikalau ada iklan cuba apply dan pastikan anda 24/7

Freya said...

Visit Idioms: http://idioms.in/

Post a Comment