Freelancer - Translator - Programmer (VBA Excel)

► More than 10 year experience in using Visual Basic for Application (Excel).
► With VBA all job will more faster, high quality & finished as schedule.
► Translator English to Malay

5/20/2010 11:01:00 PM

Panduan Am Menterjemah - Panduan 1

Posted by snid73

Ada beberapa panduan am untuk melakukan penterjemahan. Di antaranya adalah menterjemah ayat yang melibatkan 'kala' atau 'tenses'. Bagi ayat Bahasa Inggeris, ia ditentukan oleh kala yang terlibat. Sebagai contoh;

Sharp Company was founded in 1912.

Jika diperhatikan pada ayat ini 'kala' yang terlibat adalah 'was' yang membawa erti 'telah' di dalam bahasa Malaysia. Ayat ini pada lazimnya akan diterjemah seperti berikut;

Syarikat Sharp telah ditubuhkan pada tahun 1912.

Terjemahan seperti ini, nampak seperti betul dan tepat, tetapi pada hakikatnya soal 'kala' di dalam Bahasa Malaysia berdasarkan kepada konteks keseluruhan ayat, di mana ayat ini sepatutnya diterjemahkan sebagai;

Syarikat Sharp ditubuhkan pada tahun 1912.

tanpa perlu menggunakan perkataan telah di dalam perkataan kerana tahun 1912 itu sendiri telah menunjukkan bahawa ayat ini adalah ayat 'kala lampau' atau telah berlaku.


Manakala bagi ayat Bahasa Inggeris yang tidak melibatkan 'kala', perkataan telah perlu digunakan bagi menunjukkan ia telah berlaku, seperti contoh di bawah;

Sharp Company was founded by Mr Tokuji Hayakawa.

diterjemah sebagai

Syarikat Sharp telah ditubuhkan oleh En. Tokuji Hayakawa.


0 comments:

Post a Comment