Freelancer - Translator - Programmer (VBA Excel)

► More than 10 year experience in using Visual Basic for Application (Excel).
► With VBA all job will more faster, high quality & finished as schedule.
► Translator English to Malay

6/28/2010 03:21:00 PM

Tetapan "Security" untuk MACRO

Posted by snid73

Terdapat 4 tahap "security" bagi fail-fail yang mengandungi FUNGSI MACRO di dalamnya. Tahap-tahap "security"tersebut adalah:
  1. Very high - Hanya Macro yang dipasang dengan lokasi yang dipercayai (trusted location) sahaja dibenarkan untuk dijalankan.
  2. High - Hanya Macro yang ditandatangi daripada sumber yang boleh dipercayai (trusted source) sahaja dibenarkan untuk dijalankan.
  3. Medium - Anda boleh memilih sama ada untuk menjalankan atau tidak fungsi MACRO.
  4. Low (tidak digalakkan) - Macro akan dijalankan secara automatik tanpa sebarang prom. Anda berkemungkinan terdedah kepada Macro yang mengandungi program seumpama VIRUS.
Jika "security"ditetapkan pada HIGH, satu prom akan dipaparkan yang menyatakan bahawa Macro dinyahaktifkan kerana tahap "security"adalah HIGH dan langkah-langkah untuk merendahkan tahap diberikan pada prom tersebut.


Seperti yang telah ditunjukkan pada prom di dalam video di atas, tahap "security" boleh diubah dari HIGH kepada MEDIUM seperti di dalam video di bawah:


Seperti yang ditunjukkan, pada tahap ini apabila anda membuka fail Excel yang mengandungi Macro, satu prom "Security Warning"akan dipaparkan dan terpulang kepada anda untuk memilih "Disable Macro"or "Enable Macro".

AWAS!!! Jangan sekali-kali menetapkan "security"anda pada tahap LOW kerana, macro boleh digunakan untuk "memadam", "membuang", "mengubahsuai", "memindahkan" folder atau fail. Dan jangan pilih "Enable Macro" (pada tahap "security" : MEDIUM) jika sumber fail tersebut tidak dikenali atau tidak boleh dipercayai.

Nota : video-video yang dipaparkan hanya terpakai kepada Excel 2003 ke bawah.

0 comments:

Post a Comment