Hari ini, aku telah selesai menyempurnakan beberapa perubahan dan penambahbaikan terhadap Program Penterjemah Bi-Bm yang telah direka lebih setahun lepas.
Kini, program ini dilengkapi dengan beberapa lagi fungsi selain dari fungsi yang telah sedia ada. Di antara penambahbaikan yang telah dilakukan :-
Program Lama | Program Baru |
Hanya boleh menggabungkan 2 perkataan sahaja | Boleh menggabungkan lebih dari 2 perkataan (semaksima yang boleh) |
Tiada kategori data | Data boleh disimpan mengikut kategori terminologi / istilah (contoh : ICT, Perubatan, Pendidikan) |
Tidak mengetahui gabungan-gabungan ayat yang mempunyai terjemahan tersendiri yang terdapat dalam pengkalan data | Boleh mengetahui setiap gabungan ayat mempunyai terjemahan tersendiri yang terdapat dalam pengkalan data (peribahasa, simpulan bahasa, dsb) |
Tidak boleh membuang makna yang tersilap "masuk" | Boleh membuang makna yang tersilap "masuk" |
Wajah Baru GUI Program Penterjemah Bi-Bm
Gabungan perkataan yang mempunyai maksud tersendiri dapat dilihat dari MULTIPAGE-tab: "Ayat Bermakna"
Terminologi/Istilah boleh ditambah dan dipilih.
Pautan : Program Penterjemah Versi 2010-05-0001
0 comments:
Post a Comment