Freelancer - Translator - Programmer (VBA Excel)

► More than 10 year experience in using Visual Basic for Application (Excel).
► With VBA all job will more faster, high quality & finished as schedule.
► Translator English to Malay

Sama ada perlu atau tidak untuk mendapatkan ijazah penterjemahan adalah satu keputusan mustahak untuk dilakukan apabila anda memutuskan untuk menjadi seorang penterjemah. Tetapi adakah ia benar-benar diperlukan?

Mempunyai pendidikan rasmi sebagai penterjemah, sebagai contoh segulung ijazah sarjana muda daripada universiti, sudah pasti akan menjadikannya sesuatu yang sangat-sangat mudah untuk memperolehi tugas anda yang pertama. Kali pertama anda bermula sebagai seorang penterjemah (dan juga apa sahaja pekerjaan), anda sudah pasti akan berhadapan dengan situasi ini: Sebarang agensi penterjemahan yang bagus sudah tentu akan mencari penterjemah dengan pengalaman, tetapi bagaimana anda boleh mendapatkan pengalaman jika tiada agensi yang akan mengupah anda?

Namun demikian, sekiranya anda mempunyai ijazah penterjemahan yang diperakui, agensi lebih berkemungkinan mengambil anda walaupun anda tidak mempunyai pengalaman. Secara teori, program penterjemahan yang anda pilih akan termasuk praktikal/latihan supaya anda mendapat pengalaman kerja sebelum memperolehi ijazah.

Dan kebanyakan kerja kerajaan hanya terbuka kepada penterjemah yang mempunyai pendidikan rasmi. Di kebanyakan negara, anda memerlukan pensijilan yang tertentu supaya boleh diperakui secara rasmi sebagai seorang penterjemah bagi bahan berkaitan undang-undang (legal material). Dan sudah tentu, terdapat agensi penterjemahan yang mengiklankan bahawa mereka menggunakan mengupah penterjemah yang diperakui sahaja. Oleh itu mempunyai segulung ijazah penterjemahan juga akan membuka pintu untuk anda.

Tetapi ada juga agensi penterjemahan yang tidak bertanya tentang ijazah anda. Mereka sebaliknya akan meminta anda mengambil ujian pendek (sekitar 50 patah perkataan) bagi anda membuktikan keupayaan anda sebagai penterjemah.

Sebagai seorang penterjemah, anda memerlukan asas yang baik dalam bidang pengkhususan yang anda terjemahkan. Tiada penterjemah yang boleh menghasilkan penterjemahan yang baik bagi teks yang tidak difahami sepenuhnya. Saya mempunyai ijazah dalam bidang Kejuruteraan Elektrik & System, dan bidang penterjemahan saya menjurus kepada bidang teknikal dan IT, dan sudah pasti ia sangat berguna untuk meyakinkan agensi untuk memberi kerja kepada saya dan dalam menghasilkan penterjemahan yang berkualiti.

Pada umumnya, terdapat dua jalan yang baik untuk menjadi seorang penterjemah. Sama ada anda mempunyai ijazah penterjemahan dan mendapatkan kepakaran anda dalam bidang pengkhususan tersebut. Atau anda mempunyai segulung ijazah dalam pengkhususan anda dan cuba mendapatkan kemahiran yang perlu dan pengalaman sebagai seorang penterjemah dengan cara tidak formal/rasmi (seperti menterjemah dokumen dari orang perseorangan).

Tetapi alangkah bagusnya, jika anda mempunyai kedua-duanya, ijazah dalam penterjemahan dan dalam juga bidang pengkhususan. Walaubagaimanapun, jika anda ingin menjadi Penterjemah BEBAS, anda hanya memerlukan salah satu daripadanya.

1 comments:

Zamrud said...

It's nice post and give inspiration !

Post a Comment