Freelancer - Translator - Programmer (VBA Excel)

► More than 10 year experience in using Visual Basic for Application (Excel).
► With VBA all job will more faster, high quality & finished as schedule.
► Translator English to Malay

11/19/2009 05:18:00 PM

Terjemahan Mesin dibandingkan dengan Terjemahan Manusia

Posted by snid73

Terjemahan Mesin mungkin seolah-olah kelihatan sungguh menakjubkan ketika kali pertama anda menyaksikan mereka berfungsi. Anda membuka dokumen, pilih teks yang anda ingin terjemahkan, dan menekan ikon “terjemah” atau 'translate' dan dalam beberapa saat sahaja anda melihat hasil terjemahan Melayu, terjemahan Sepanyol, terjemahan Perancis, terjemahan German dan apa-apa saja bahasa yang anda inginkan. Tetapi, sekiranya anda cukup memahami bahasa bagi dokumen yang ingin diterjemahkan, dengan cepat anda akan menyedari segala permasalahannya.

Secara am, anda mungkin dapat memahami terjemahan tersebut tetapi ternyata ia tidak boleh dijadikan hasil terbitan yang berkualiti. Pada dasarnnya, apa yang dilakukan oleh perisian Terjemahan Mesin sama ada secara online atau tidak, hanyalah menukarkan perkataan dan frasa dari satu bahasa kepada bahasa yang lain dan hasilnya tidak begitu sempurna.

Perisian Terjemahan Mesin terdiri daripada kamus dan algoritma untuk membentuk ayat mengikut peraturan tatabahasa sesuatu bahasa. Kesukaran yang wujud di dalam dalam Terjemahan Mesin adalah bahawasanya ia tidak dapat melihat konteks dan makna keseluruhan ayat yang dimaksudkan seperti yang boleh dilihat oleh manusia. Walaubagaimana canggih pun program komputer, ia tidak akan mengambil perhatian terhadap makna perkataan, gabungan perkataan, ayat, perenggan, atau keseluruhan teks. Ia sama sekali tidak mengetahui tentang retorik dan gaya bahasa. Ia hanya menggantikan perkataan dan ungkapan yang diambil daripada kamus untuk bahasa yang lain (dengan kata lain, ia tidak dapat memilih perkataan yang mempunyai 2 atau lebih makna yang berbeza).

Akan tetapi anda tidak ingin bahan anda bertukar menjadi jaringan perkataan yang tidak mempunyai bererti. Apa yang anda harapkan adalah ketepatan, terjemahan yang mudah dibaca dan difahami tanpa “sentuhan asing” di dalam gayanya. Tujuan asas anda adalah untuk menterjemahkan "pemikiran" dan makna bagi dokumen dan bukan hanya perkataan dan frasa sahaja. Untuk itu, satu langkah bijak untuk menggunakan khidmat agensi penterjemahan profesional atau khidmat penterjemah profesional atau penterjemah bebas yang menggunakan bahasa ibunda mereka, yang mana mereka akan lebih "berurusan" dengan makna/tafsiran daripada menterjemah perkataan semata-mata.

Walaupun peralatan terjemahan mesin mungkin berjaya memberi makna secara am bagi perkataan yang asal, ternyata mereka biasanya tidak mampu menghasilkan terjemahan yang sungguh baik dan sempurna. Dan walaupun terdapat usaha di dalam teknologi untuk menggabungkan kemahiran manusia dengan kecanggihan mesin, sentuhan manusia masih tetap diperlukan untuk memberi makna yang cukup tepat bagi teks sumber. Tidak kira bagaimana maju peralatan terjemahan, mereka tidak boleh menjadi pengganti kepada penterjemah manusia yang baik dan cekap. Terdapat gaya terjemahan tertentu yang tidak dapat ditangani oleh peralatan mesin dengan betul dan sempurna.

Adalah benar jika dikatakan bahawa Terjemahan Mesin lebih berguna apabila merujuk kepada kelajuan dan kos. Akan tetapi jika anda hendak menyediakan khidmat penterjemahan; ketepatan adalah sesuatu yang sangat mustahak, dan dengan Terjemahan Mesin anda akan kehilangan nilai-nilai tersebut. Malahan pembuat perisian Terjemahan Mesin sendiri mengakui batasan ini dan memberi nasihat agar hanya menggunakan terjemahan mesin ini sebagai draf yang membolehkan manusia untuk mengendalikan komunikasi harian dengan pantas di dalam bahasa asing.

Oleh itu, saya telah mencipta program ini untuk menggabungkan Terjemahan Mesin dan Terjemahan Manusia di mana bebutang "Mulakan Penyenaraian" adalah Terjemahan Mesin manakala bebutang (penyuntingan) yang lain bertindak seperti Terjemahan Manusia.

1 comments:

ekeynnasyaari said...

sangat berguna untuk sy faham,,moga sy dpt jawab final exam esok :D

Post a Comment