Freelancer - Translator - Programmer (VBA Excel)

► More than 10 year experience in using Visual Basic for Application (Excel).
► With VBA all job will more faster, high quality & finished as schedule.
► Translator English to Malay

11/19/2009 01:26:00 PM

Kriteria dan kemahiran menterjemah

Posted by snid73

Secara langsung, kerja penterjemahan akan menggambarkan keprofesionalan diri anda. Selain itu, penterjemahan yang anda lakukan juga mungkin mempunyai implikasi sangat penting kepada pelanggan anda dan mesti dilaksanakan dengan baik. Dan lagi, standard kerja anda mungkin juga dapat memastikan sama ada anda akan menerima tugasan lagi.
Untuk menghasikan penterjemahan yang berkualiti, terdapat kriteria tertentu yang mesti ditunjukkan dalam kerja anda...

  1. Terjemahan mestilah mudah untuk difahami. Ramai orang baru dalam penterjemahan mempunyai kecenderungan untuk menulis terlalu meleret-leret dan terlalu merumitkan kerja mereka; sentiasa hindari perkara ini pada setiap masa.
  2. Terjemahan mestilah boleh dibaca dengan baik .. atau dengan kata lain, ia mestilah fasih dan lancar.
  3. Terjemahan mestilah menguasai gaya bahasa sasaran, cara percakapannya dan menunjukkan struktur binaannya.
  4. Terjemahan hendaklah mencerminkan sesetengah gaya kesusasteraan yang tulen.
  5. Akhirnya dan yang paling nyata, terjemahan mestilah memenuhi makna TERAS bagi teks asal.
Kita telah megetahui kriteria supaya terjemahan yang baik dapat dihasilkan, dan mari kita lihat beberapa kemahiran yang akan diperlukan untuk mencapainya:

  • Fahami teks sumber. Benar-benar faham tentang "kerja" yang hendak diterjemahkan adalah penting; kerana apa saja bentuk kefahaman, beberapa pembacaan sentiasa diperlukan.
  1. Pembacaan yang pertama adalah untuk mendapatkan idea secara menyeluruh mengenai tema teks tersebut dan untuk mengumpul beberapa poin utama.
  2. Pembacaan yang kedua adalah untuk memahami teks dengan lebih terperinci.
  3. Pembacaan yang berikutnya mungkin diperlukan untuk mengikhtisarkan dan memahami gaya dan susunan teks tersebut.
  • Penyelidikan lanjut. Untuk menambah pemahaman terhadap teks sumber, penterjemah yang bagus akan sentiasa menggabungkan beberapa penyelidikan ke dalam kerjanya. Penyelidikan ini mungkin berkaitan dengan terma teknikal yang dia tidak biasa dengannya, memutuskan makna bagi sesuatu terma perbendaharaan kata yang dia sendiri tidak pasti tentangnya atau hanya beberapa latar belakang pembelajaran untuk membantu merumuskan pemahaman sepenuhnya tentang tajuk yang diberikan.
  • Kebolehan menggubah. Untuk memahami teks sumber, fahami keseluruhannya dan dapatkan maklumat sokongan penyelidikan, ini mestilah disusun dan dibentuk kepada produk akhir yang berdaya.
Jika anda mengupah agensi di luar negara seperti UK dan US untuk melakukan penterjemahan bahasa, anda akan melihat bahawa kriteria yang disasarkan dan rangka perkaedahan translasi di atas adalah sebahagian kemahiran yang ditetapkan kepada setiap penterjemah profesional; Dengan menguasai kemahiran ini, anda boleh menyertai mereka.

0 comments:

Post a Comment