Freelancer - Translator - Programmer (VBA Excel)

► More than 10 year experience in using Visual Basic for Application (Excel).
► With VBA all job will more faster, high quality & finished as schedule.
► Translator English to Malay

1/24/2010 08:26:00 PM

Proses dan Kaedah Penterjemahan

Posted by snid73

Penterjemahan adalah proses pertukaran teks penulisan atau pertuturan bahasa sumber kepada teks penulisan atau pertuturan bahasa sasaran yang berpadanan. Tujuan asas penterjemahan adalah untuk menghasilkan semula berbagai-bagai jenis teks, meliputi teks kesusasteraan, agama, saintifik, kefalsafahan dsb dalam bahasa lain dan oleh yang demikian membuatkan mereka boleh digunakan kepada pembaca yang lebih luas, untuk para pembaca sasaran yang lebih banyak dan untuk merapatkan dunia.

Walaubagaimanpun penterjemahan bukanlah sesuatu tugas yang mudah. Andai kata bahasa hanyalah satu pengelasan bagi satu set konsep umum atau sejagat, sudah tentu ia akan menjadi sangat mudah untuk menterjemah dari satu bahasa sumber kepada bahasa sasaran. Tetapi penterjemahan bukan sahaja merangkumi penterjemahan perkataan demi perkataan, akan tetapi banyak juga faktor-faktor lain yang diambil kira.

Secara keseluruhannya konsep sesuatu bahasa mungkin berbeza daripada yang lain-lain. Ini adalah kerana setiap bahasa mengartikulasi atau mengatur perkataan secara berbeza. Semakin besar jurang antara bahasa sumber dengan bahasa sasaran, proses penterjemahan menjadi semakin sukar. Perbezaan di antara dua bahasa dan perbezaan dalam kebudayaan menjadikan proses perterjemahan betul-betul mencabar. Faktor yang sukar sekali termasuk penterjemahan seperti tatacara, gaya, makna, peribahasa, simpulan bahasa, dsb.

Prosedur perterjemahan boleh dibahagikan kepada 2 kumpulan:

Prosedur teknikal: Ini melibatkan analisis bahasa sumber dan sasaran dan satu kajian lengkap mengenai teks bahasa sumber sebelum menterjemahkannya.

Prosedur organisasi: Ini melibatkan penilaian semula hasil terjemahan yang dilakukan. Termasuk juga perbandingan penterjemahan yang sedia ada dengan penterjemahan teks yang sama oleh penterjemah yang lain. Prosedur organisasi juga meneliti keberkesanan berkomunikasi terjemahan teks dengan meminta pandangan para pembaca bahasa sasaran untuk menilai ketepatan dan keberkesanannya dan meneliti reaksi mereka.

Kaedah Penterjemahan

Beberapa kaedah penterjemahan yang biasa digunakan adalah seperti berikut:

  • Penterjemahan harfiah (perkataan-demi-perkataan): Di sini, perkataan bahasa sumber diterjemahkan kepada bahasa yang lain dengan makna yang paling biasa digunakan, yang mana juga kadang-kadang boleh lari dari konteks, terutamanya dalam ungkapan dan peribahasa.
  • Penterjemahan Literal: Di sini, binaan tatabahasa bahasa sumber diterjemahkan kepada bahasa sasaran mereka yang terdekat. Walaubagaimanpun perkataan leksikal diterjemahkan satu per satu, lari dari konteks.
  • Penterjemahan Boleh Dipercayai: Di sini penterjemahan menjelaskan makna mengikut konteks yang sebenar bagi ayat asal mengikut batasan struktur tatabahasa bahasa sasaran.
  • Penterjemahan Semantik: Penterjemahan Semantik merujuk kepada jenis penterjemahan yang mengambil kira nilai estetik bagi teks bahasa sumber.
  • Pengadaptasian: Pengadaptasian merujuk kepada jenis penterjemahan yang kebanyakannya digunakan untuk drama dan puisi. Teks yang ditulis semula mempertimbangkan kebudayaan bahasa sumber yang mana diubah kepada kebudayaan bahasa sasaran di mana kebiasaannya corak, tema, jalan ceritanya dipelihara.
  • Penterjemahan Bebas: Kaedah penterjemahan ini menghasilkan teks terjemah tanpa stail, bentuk, atau kandungan teks yang asal.
  • Penterjemahan Wajar: Ia menterjemahkan mesej teks yang asal tetapi kadang-kadang cenderung untuk mengganggu makna yang asal dengan memilih kata basahan dan simpulan bahasa.
  • Penterjemahan Komunikatif: Kaedah ini menunjukkan makna teks asal mengikut konteks sebenar di mana kedua-dua kandungan dan bahasa boleh diterima dan boleh difahami pembaca dengan mudah.

Proses Penterjemahan

Proses penterjemahan melibatkan seluruh proses bagaimana penterjemah menghasilkan kesamaan di antara teks atau sebahagian dari teks ke dalam bahasa yang lain. Proses penterjemahan boleh digambarkan sebagai:

Penyahkodan makna teks sumber, dan

Pengekodan semula atau perterjemahan makna ini dalam bahasa sasaran.

Di sebalik proses mudah ini terdapat berbagai-bagai aktiviti seperti penyemakan tatabahasa, sintaks, simpulan bahasa, semantik, dan yang keserupaan dengan bahasa sumber dan juga kebudayaan penuturnya. Penterjemah memerlukan pengetahuan mendalam dalam penyahkodan dan kemudian pengekodan semula yang makna dalam bahasa sasaran. Dalam kebanyakan kes, pengetahuan penterjemah dalam bahasa sasaran adalah lebih penting berbanding daripada pengetahuannya dalam bahasa sumber.

Berikut adalah proses yang pada kebiasaannya diikuti oleh semua penterjemah, untuk memastikan penulisan yang baik, penterjemahan dengan tepat:

  1. Dokumen yang hendak diterjemah diberikan kepada orang yang mempunyai pengalaman yang baik dengan bahasa ibunda yang mana dokumen hendak diterjemahkan.
  2. Dokumen tersebut disunting oleh orang yang fasih dalam kedua-dua bahasa sasaran dan sumber. Kejituan, tatabahasa, ejaan dan stail penulisan semuanya disemak semasa peringkat penyuntingan.
  3. Dokumen tersebut di Baca pruf oleh orang siapa fasih dalam kedua-dua bahasa. Ia juga perlu menyemak ejaan dan tataletak.
  4. Akhirnya, sebelum dokumen tersebut sampai ke pelanggan, dokumen tersebut disemak semula dengan lebih lanjut untuk memastikan bahawa penterjemahan adalah tepat, tidak terdapat teks yang tertinggal dan tataletaknya sempurna.


4 comments:

hans said...

hahahaha
aku baru belajar benda nih semester akhir diploma aku
buku dia pun aku ada

snid73 said...

pinjam buku tu boleh tak?
aku mendalami lagi ilmu ni

Unknown said...

camne nak gune..ajarla...takleh bukak video tu la

snid73 said...

mungkin mediaplayer Deco [MisS N] tak ada codex untuk DiVx file. cuba download codex dari http://www.divx.com/en/downloads

Post a Comment